Sebuah cerpen pendek yang sesuai dibaca jika ada memang sayangkan ibu. Wajib baca! Cerpen ini walaupun pndek,tapi mmpu menyedarkan kita betapa seorang insan bernama ibu itu adalah insan pling sempurna dalam kehidupan kita.Jam 6.30 petang.Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.Ayah baru balik dari sawah.Ayah tanya Mak, “Along mana?’Mak
jawab, “ Ada di dapur tolong siapkan makan.”Ayah tanya Mak lagi,” Angah
mana?”Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”Ayah tanya Mak,
“Ateh mana?”Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di
dalam?”Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”Mak jawab, “Belum. Patutnya dah
balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita
pergi cari Adik.”Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah
tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di
mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan
setiap ketika.Dua puluh tahun kemudian,Jam 6.30 petangAyah balik ke
rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.Ayah tanya Along,
“Mana Mak?”Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak
tahu.”Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana
Angah tahu.”Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”Ayah menunggu lama jawapan dari
Ateh yang asyik membaca majalah.Ayah tanya Ateh lagi, “Mana Mak?”Ateh
menjawab, “Entah.”Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada
Ayah.Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”Alang tidak jawab. Alang hanya
mengoncang bahu tanda tidak tahu.Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik
yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat
jawapan yang ayah mahu.Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa
merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada
Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.Tidak ada
anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, “Mana Mak?”Tiba-tiba
adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti
nak balik!!”Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.Dulu anak-anak
Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan
tanya “Mana Mak?” apabila Mak tidak menunggu mereka di depan
pintu.Mereka akan tanya, “Mana Mak.” Apabila dapat nomor 1 atau kaki
melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak
lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap
waktu dan setiap ketika.Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama
anak-anak Mak tidak bertanya ‘Mana Mak?”Semakin anak-anak Mak besar,
soalan “Mana Mak?” semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .Ayah berdiri
di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja
sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini
Mak selalu mengadu sakit lutut.Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan
memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari
kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan
plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak
Mak apabila pulang dari berjalan.Sampai di halaman rumah Mak berhenti
di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang
mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh
perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh
kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya
Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala
anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak
takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.Lima buah
kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak
tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya.
Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik
kereta anak Mak yang ini.Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung
mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak
melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit
lagi.Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus
kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak
Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik.
Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.Semasa menerima
bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak
Uda, “Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu
ni.”Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak
sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil
dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat.
Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan.
Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.Ayah suruh Mak tukar baju yang
basah itu. Mak akur.Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur.
Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh
kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.Mak
hanya tunduk, akur dengan keadaan.Ayah tahu Mak sudah tidak boleh
mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya
seperti dulu.Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan,
masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak
berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap
malam.Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke
rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak
rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak
Mak.Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak
jawab, “Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata
semua tak berangkat.”Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak
boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada
sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput
Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak
dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.Mak tahu
anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah ,
“Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja
sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak p ayah
sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa
menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada
peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”Mak faham buah
hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh,
Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang
sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.Pada suapan terakhir,
setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.Kueh koci masih belum diusik oleh
anak-anak Mak.Beberapa tahun kemudianMak Uda tanya Along, Angah, Ateh,
Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak
ada.”Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat
Mak waktu Mak sakit.Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi
anak-anak Mak lagi.Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak
Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak.
Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam
tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak
datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.Mak pergi semasa
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar
handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit
tenat.Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain
bukan untuk Mak.Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak
yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak
Mak..Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya
bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.Ayah
sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,“Mana
Along?” , “Mana Angah?”, “Mana Ateh?”, “Mana Alang?”, “Mana Kak Cik?”
atau “Mana Adik?”. Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu
dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan
jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap
waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati
anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.Ayah sedih. Di tepi kubur
Mak, Ayah bermonolog sendiri, “Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi
kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , “Mana mak?” “Kereta
merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang
dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak
untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata
Mak malam itu, “Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh
bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci
buat bekal.”“Ayah, ayah ….bangun.” Suara Ateh memanggil ayah . Ayah
pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..Terketar-ketar ayah bersuara,
“Mana Mak?”Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun
Mak pergi namun soalan “Mana Mak?” masih sering keluar dari mulut Ayah
sehingga ke akhir usia.* hargailah ibu ada jika da masih didunia. Doakan
dia jika d sudah menghadap yng maha esa. Bagi yang ada ibu, sudah
berapa lma anda tak telefon ibu?? Apa kata ambil telefon, luangkan
seminit dua bertanya khabar ibu. Pastinya ibumu akan gembira.
Wassalam,,,
hope dpt memberi manfaat bersama..amiinn :D
hope dpt memberi manfaat bersama..amiinn :D
No comments:
Post a Comment